ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA DAN MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
Era milenium menyaksikan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografimahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Justeru pelaksanaan pendidikan tidak boleh berada di takuk yang lama, melainkan perlu kepada pengubahsuaian. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yangsama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat local. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, dan berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu Pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan Pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel, dan dinamik supaya dapat mene...