LINK VIDEO KREATIF HALA TUJU PENDIDIKAN KEPADA INSAN DAN NEGARA https://drive.google.com/drive/folders/1lFkZ_HN95Z0pb1Lg3PDoChp7kdk4FbY6?usp=sharing
Posts
ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA DAN MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
- Get link
- X
- Other Apps
Era milenium menyaksikan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografimahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Justeru pelaksanaan pendidikan tidak boleh berada di takuk yang lama, melainkan perlu kepada pengubahsuaian. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yangsama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat local. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, dan berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu Pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan Pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel, dan dinamik supaya dapat mene...
ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA.
- Get link
- X
- Other Apps
Pendidikan di Malaysia pada era penjajahan mempunyai tujuan tersendiri bagi membolehkan Inggeris kekal berkuasa dari segi ekonomi, politik dan juga sosial. Masyarakat di Tanah Melayu terdiri daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan semasa penjajahan Inggeris sekitar tahun 1786 hingga 1957. Ianya kerana Inggeris telah melaksanakan ‘dasar pecah dan perintah’ yang mempengaruhi pelbagai aspek seperti perkauman, darjat, pendidikan dan lain-lain. Sekolah vernakular diperkenalkan tetapi hala tuju atau objektif pendidikan dilihat tidak jelas dan ia berasaskan kaum serta lokasi sekolah tersebut. Seperti contoh, Sekolah vernakular Melayu berada di kawasan kampung menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan sebegitu juga dengan kaum lain. Hasil daripada sekolah vernakular ini wujudnya sekolah Melayu, sekolah bagi kaum Cina dan India dan sebagainya. Sekolah Melayu mempunyai gabungan pe...
ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA MASYARAKAT TRADISIONAL TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
- Get link
- X
- Other Apps
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada generasi seterusnya. Hala tuju pendidikan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insam yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Perkembangan pendidikan pada era masyarakat tradisional ialah pendidikan berdasarkan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang berteraskan agama Islam. Selain itu, pendidikan juga berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam yang mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama dalam kehidupan harian. Pada era ini, corak pendidikan yang ada pada Ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik serta pengetahuan kerohanian. Falsafah pendidikan pada era ini lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang mempunya...
ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PASCA MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA.
- Get link
- X
- Other Apps
Pendidikan di Malaysia bermula dari era masyarakat melayu tradisional iaitu sebelum Portugal menjajah tanah melayu pada tahun 1511 yang mempelajari tentang falsafah hidup dan ketuhanan. Pendidikan pada era ini bertumpu terhadap perbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat serta perkembangan Pendidikan agama Islam. Pendidikan kemudiannya berkembang pada era penjajahan kuasa asing iaitu pada tahun 1511 iaitu Pendidikan untuk mengukuhkan Dasar Pecah dan Perintah yang dilaksanakan oleh British.Dasar ini hanya membenarkan sekolah rendah dan sekolah menengah didirikan serta Bahasa pengantar untuk sekolah-sekolah tersebut adalah Bahasa inggeris. Kurikulum untuk dasar ini adalah terhad iaitu keupayaan menguasai kemahiran asas 3M (Membaca,Menulis dan Mengira).Kemahiran ini dilaksanakan untuk memahami Kesusasteraan Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai ilmu hisab (Geometri dan Algebra). Kemudiannya Pendidikan berkembang semasa era pasca me...